Kampung Jaya Setia wujud pada tahun 1960. Kampung ini diasaskan oleh Allahyarham Datuk Mohd ali Zaini bin Haji Mohd Zain (bekas Speaker dan ADUN Karai). Asalnya kampung ini disebut Rancangan Lasah'B' Ulu Kuang, Jalong, Sg. Siput (U), Perak. Pada peringkat awalnya penduduk kampung ini adalah seramai 102. Mereka ini datangnya daripada beberapa kawasan sekitar Kuala Kangsar seperti Kota Lama Kanan. Kg. Kledang, Kg. Batang Kulim, Kg. Enggor, Kg. Karai, Kg. Loh, Kg. Jalong, Kg. Ulu Kuang, Kg. Batu Tiga dan Kg. Bahagia. Pada peringkat awal, tidak semua peserta tinggal di sini kerana tiada penempatan disediakan. Setiap peserta diberikan 1/4 ekar tanah tapak rumah, dusun dan kebun sebanyak 8 ekar. Pada ketika ini juga seramai 20 orang peserta terdiri daripada 'SC'. Mereka ini telah disediakan rumah dan turut diberikan 8 ekar tapak kebun. Ketua Kampung Pertama ialah Allahyarham Tuan Haji Hanapiah Bin Din (1969-1974). Selepas itu, beliau diganti pula oleh Allahyarham Puteh Abdullah Bin Manas (1975-1988). Ketua Kampung Ketiga ialah Tuan Haji Meor Jadid Bin Meor Mendut (1989-2004). Seterusnya beliau digantikan pula oleh Encik Kamarudin Bin Yahya (2004-2008). Selepas berlaku tsunami politik dalam pilihanraya yang ke-12 maka Ketua Kampung Kelima ialah Encik Adam Bin Ngah Naim (2008-2009). Namun begitu akibat perubahan senario politik di negeri Perak ini di mana Barisan Nasional memerintah semula maka Ketua Kampung Keenam telah dikembalikan semula kepada Encik Kamarudin Bin Yahya.
Tuesday, April 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment